Saturday, February 20, 2010

Wardina bakal disisihkan???


Kerana bertemu Tuan Guru Nik Aziz, Wardina bakal disisihkan media hiburan???

Wardina bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz selepas menghadiri Program Hari Hiburan Islam beberapa hari lepas.

Dalam Utusan Malaysia juga, Wardina juga turut memuji pentadbiran Tuan Guru dan meminta negeri-negeri lain mengikut jejak langkah Kelantan dalam menganjurkan majlis hiburan berbentuk lebih keIslaman.

Dikatakan juga, ramai yang anti-Tuan Guru dan anti-Pas yang tersinggung dengan kenyataan Wardina hinggakan ada sesetengah blogger yang menggelarkan Wardina dengan title 'anasir pas'. Blogger takde otak tuh!

Kepada Wardina, diharap banyak bersabar... Anda telah mengatakan yang benar, Allah Maha Esa tahu segalanya...

Harap-harap Wardina tidak akan disisihkan dari media eliktronik kerana kalau betul Wardina disisihkan, akan terserlahlah perangai kebudak-budakan media terbabit!! Dan budak-budak ni tak layak jadi penyampai informasi terkini yang wajib disarati fakta, bukan AUTA!!


0 comments:

Post a Comment