Monday, February 15, 2010

SoalJawab

Soalan:

assalamu'alaikum wbt ustaz..{pertanyaan ditujukan kepada UstazAzhar}
sy tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..
tapi sy masih keliru, apa hukum pemakaian celak?
bagi perempuan terutamanya. .
kalau dgn niat ingin mengusir syaitan dibolehkan ke?
atau tak boleh sbb takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki?
harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..

Jawapan:
Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di
pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :

"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulamak "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.

Jadi ulamak telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada
ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.

Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti
gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada
kaum lelaki.

Rujukan KItab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354

wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment