Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Perihal tudung..

Anne buka tudung kerana watak

MELIHAT Anne Ngasri mula berhijab ternyata membuatkan mana-mana mata yang memandangnya terasa sejuk sahaja. Penghijrahan pelakon yang memulakan kariernya dari usia muda itu dilakukan selepas Anne pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tetapi timbul cerita yang kurang manis apabila tudung Anne ini dikatakan umpama pakai buang kerana dia masih dilihat di beberapa buah drama yang baru menunjukkan auratnya itu walaupun Anne sudah memilih untuk berubah.

Anne yang ditemui ketika penggambaran drama Mayang Mengurai di Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor baru-baru ini mengakui, dia memang membuka tudung ketika berlakon baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu.Selanjutnya. ..

Ujar ibu anak dua ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.

"Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar, saya sebagai Anne Ngasri memang sudah bertudung.

"Tetapi apabila berlakon, ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.

"Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau 'buka' sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi.

"Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa okey," ujar isteri kepada Abdul Wafi Hassan ini lagi.

Anne pada masa yang sama menyedari pasti ada yang keliru dengan penampilan dan keputusannya itu.

Namun begitu, dia menegaskan, sebagai wanita Islam dia sudah membuat keputusan untuk menutup auratnya.

Mendapat sokongan penuh daripada seluruh ahli keluarga, Anne berkata, keputusannya untuk berhijab bukanlah atas paksaan sesiapa tetapi atas kesedaran diri sendiri.

Sumber: Utusan Malaysia 11/1/2010

Agama Digadai : Buka Tudung Kerana Watak

Ini bukanlah suatu isu yang baru dalam dunia. Dahulu, industri tanah air juga pernah dihangatkan dengan penampilan baru oleh diva no.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, yang memakai khimar (kerudung), setelah dia baru sahaja pulang daripada menunaikan Umrah. Namun, apa yang menyedihkan adalah tatkala rancangan Melodi (ketika itu) menemuramah dan bertanyakan tentang perihal penampilan barunya, maka penyanyi popular itu menjawab bahawa dia akan memakai khimar mengikut keadaan, dan belum bersedia untuk memakai sepenuhnya (baca: berterusan)

Gejala Matlamat Menghalalkan Cara Sudah Menjadi Tabiat Yang Mendarah Daging Di Dalam Kancah Kehidupan Masyarakat Hari Ini

Gejala matlamat menghalalkan cara ini, bukan hanya berlaku pada golongan artis sahaja malah simptom negatif ini semakin hari semakin menular ke dalam kehidupan masyarakat umum, khususnya ke dalam kehidupan masyarakat Islam. Sepintas lalu, kita dapat lihat, bagaimana para penguasa kaum Muslimin, sering menggunakan seribu macam dalih untuk tidak menerapkan sistem Islam di dalam kehidupan. Kalau ada pun yang diterapkan, ia hanyalah cebisan yang diterapkan mengikut selera mereka dan dijustifikasi oleh ulamak su' yang diupah oleh para penguasa tersebut. Lihatlah bagaimana hukum Islam yang kononnya diterapkan, tetapi jauh menyimpang dari ajaran Islam itu sendiri. Sebagai contoh, hukuman sebat yang sepatutnya dilakukan sebanyak 40 / 80 kali sebatan di dalam hukum hudud, tetapi menurut perlembagaan sekular Malaysia, ia hanya boleh 'dilaksanakan' dengan 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5000 sahaja, dan itu pun sehingga kini masih tidak dapat dilaksakan dan dipandang sinis oleh banyak pihak, khususnya bagi mereka yang tidak memahami ajaran Islam secara kaffah.

Di peringkat yang lebih global, kita dapat melihat bagaimana individu dan jemaah Islam sanggup menggadaikan ajaran Islam, kononnya demi untuk mempertahankan Islam. Lihat saja bagaimana demokrasi sehingga ke hari ini masih diperjuangkan, bahkan dijaja di sana sini, dengan motif agar mereka dapat meraih undi, dan seterusnya dapat berkuasa dan menatang perlembagaan kufur sebagai yang paling mulia. Jadi, seharusnya semua pihak, tidak kira individu, jemaah, ulama' mahupun para penguasa, perlu memainkan peranan dalam usaha untuk menyingkirkan pemahaman yang rosak, terutama pemahaman Machavelli "Matlamat Menghalalkan Cara" dari kehidupan umat. Sebenarnya, bukan setakat artis sahaja yang perlu berubah, malah sistem yang diterapkan saat ini perlu dirubah, daripada sistem Kapitalis kepada Sistem Islam. Dan sistem Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk berkompromi dengan kebathilan dalam apa jua keadaan sekali pun.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati"

Saturday, February 13, 2010

Tudung...

Jilbab pakaian menutup aurat..

Aurat..Sebenarnya dah ramai hamba2 Allah yg tulis artikel pasal benda ni..Tapi mungkin bagi sesetengah pihak terasa berat je nak laksanakan.. Mungkin utk pertama kali kita terasa berat dan munstahil utk kita amalkan, ingatlah, walau cam mn berat pun kita rasa, "berat" lagi balasan Allah pada kita..

Realiti masyarakat hari ini..

Kita janganlah keliru dgn tuntutan menutup aurat.
Menutup aurat hendaklah menutup tubuh badan yg wajib ditutup,
bukan menutup kulit sahaja..

Memakai tudung bukan utk rambut,
tetapi menutup kepala (kecuali muka), leher dan dilabuhkan hingga ke bawah dada..

Di dlm al-Quran (al-Ahzab:59) disebutkan pakaian yg menutup aurat itu dgn nama "jilbab". Jilbab(tudung dlm bhs melayu) adalah sejenis pakaian labuh dgn lapang yg dapat menutup kepala, muka dan dada.

Dibawah ni ada beberapa kriteria pakaian yg menutup aurat:

pakaian yg menutup seluruh anggota tubuh wanita kecuali muka dan dua telapak tangan hingga pergelangan tangan. inilah aurat wanita apabila berhadapan dgn lelaki ajnabi menurut pendapat yg ,masyhur dlm mazhab Syafie.

pakaian yg menutup aurat@jilbab itu sendiri pada dasarnya bukanlah perhiasan

kain pakaian yg digunakan adalah drp fabrik yg tebal dan x nipis @ jarang. tujuannya utk menghalang drp menampakkan warna kulit dan bayangan susuk tubuh badan.

pakaian menutup aurat@ jilbab itu dr segi yg longgar dan x ketat @sempit. Tujuannya agar x menampakkan bentuk tubuh badan.

x memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung. berwangi hanyalah sekadar utk menghilangkan bau badan.

fesyen pakaian tidak menyerupai pakaian wanita2 kafir dan org jahiliah.

pakaian itu x menyerupai pakaian org laki2..

berpakaian dgn x ada maksud utk menunjuk2, menarik perhatian @ mempamerkan kecantikan kpd org lain.

kalo berdasarkan ciri2 kat atas 2, rasanya sume boleh faham kot..insyaAllah. .sy doakan moga kita semua dapat menjaga uarat kita dgn baik, kita istiqamah dlm melaksanakan tuntutannya.

selamat beriman dan selamat beramal^_^