Friday, July 16, 2010

Kepada semua wanita



TOLONGLAH WAHAI KAUM WANITA!! MALULA SIKIT DEKAT NABI MUHAMMAD YG SEDANG MELIHAT KAMU, UMATNYA....

budaya hedonistik- remaja tahu batasan dan tujuan


Oleh PROF DR. SIDEK BABA

FAHAMAN hedonistik ialah fahaman atau amalan atau sikap hidup yang didasarkan kepada nafsu-nafsi. Atas dorongan nafsu-nafsi remaja terdorong untuk berseronok-seronok kerana itulah makna dan pengertian hidup yang ada padanya.

Umumnya amalan hedonistik ini didasarkan kepada kehidupan orang Barat yang memiliki kuasa beli atau wang yang tinggi dan daripadanya membolehkan mereka melakukan cara gaya hidup berseronok-seronok dengan corak pakaian, jalan hiburan, jalan ketagihan, malah jalan seks yang akhirnya menimbulkan kerosakan kepada diri dan peribadi.

Keseronokan ini hanya untuk kepuasan diri atas dorongan nafsu
kerana memang jiwa remaja segar
dengan rangsangan nafsu. Pertimbangan baik-buruk bukanlah suatu syarat bagi dirinya. Yang penting hidup remaja hanya sekali.

Tempoh ini mesti digunakan untuk berhibur, berkawan, jangan gundah-gulana.
Jangan fikirkan tentang hari esok. Jangan fikirkan sangat tentang hari dewasa. Hidup datang dan pergi.
Hidup mesti gembira! Buat apa fikir tentang perjuangan. Apa perlunya nilai dan agama. Dosa pahala bukan isu. Syurga neraka bukan isu. Yang penting berseronok-seronok.

Seronok bermakna rasa terhibur, keinginan dipenuhi dan naluri diri diraikan. Isu yang berbangkit ialah fahaman seronok-seronok tanpa tujuan. Atau seronok-seronok atas dorongan hawa nafsu semata-mata. Islam tidak menentang remaja mendengar muzik dan lagu.
Islam tidak menghalang remaja aktif dalam sukan. Islam tidak menyekat remaja bergaul secara sihat dan tertib. Islam tidak menentang seni yang makruf.

Islam menggalakkan kegiatan kebudayaan yang benar-benar memberi makna kepada diri dan kehidupan. Islam mengharuskan fesyen dalam berpakaian asal saja ia menutup aurat bukan mendedahkan tubuh badan sesuka hati.

Pedoman yang Islam beri ialah remaja kena tahu batasan dan tujuan. Batasan pergaulan kena ikut keperluan syarak. Kalau tidak nafsu-nafsi akan mengambil tempat.
Dalam berhibur, pertimbangan baik buruk kena diambil kira. Kalau tidak syaitan dan iblis akan campur tangan. Apabila remaja mempunyai pertimbangan dan pedoman, ia tahu memilih, tahu akibatnya dan tahu dosa pahala.

Sekiranya faham ini ada pada remaja, ia bakal mempedomankan remaja tentang maksud hiburan dan keseronokan. Contohnya, remaja amat suka kepada lagu dan muzik.
Islam tidak mengambil sikap yang sempit terhadap lagu dan muzik. Prinsip yang Islam berikan ialah dengarlah lagu dan muzik yang mempunyai tujuan atau risalah. Maksudnya, lagu dan muzik itu sifatnya menghiburkan.

Keinsafan

Hiburan dalam pengertian lirik dan kata-kata yang dilagukan membawa makna ke arah keinsafan dan kebaikan. Iringan muziknya tidak merangsang nafsu-nafsi.
Iringan muziknya memberi rasa keindahan yang tinggi dan mendekatkan diri kita ke arah keindahan rasa yang sebenar.

Keindahan rasa yang sebenar bukan menjauhkan kita dengan Allah dan merobohkan batas diri atau kawalan diri terhadap perkara yang makruf.
Kita rasa seronok kerana di samping terhibur kita tidak hilang kawalan diri, malah dengan terhibur meningkatkan kesedaran kita tentang kebaikan dan arah tujuan dalam hidup.

Seperti yang selalu disebutkan di sini, punca kepada berbangkitnya perkara ini ialah remaja, sejak zaman kanak-kanaknya lagi tidak dibesarkan dalam pendidikan dan penghayatan agama yang berkesan.
Kadang-kadang pada zaman kanak-kanak atau awal remajanya, ia diajar tentang fardu ain dan al-Quran. Sayangnya ia tidak membawa kesan penghayatan dan pembinaan akhlak.

Kedua, remaja amat terdedah dengan corak hiburan terutamanya dari Barat seperti muzik dan lagu, filem-filem dan sekarang ini internet tanpa adanya kawalan dan menyebabkan nafsu-nafsi remaja terangsang.
Apalagi setengahnya mula menonton filem-filem lucah dan ganas, menghisap rokok, pergaulan yang lepas bebas dan akhirnya terlibat dengan amalan dadah semata-mata untuk mencuba dan akhirnya timbul keseronokan, ketagihan dan ingin mengulangi lagi.

Yang dahsyatnya ialah apabila sekali remaja terjebak dalam perangkap seronok-seronok sebegini, akhirnya ia akan terperangkap dan hilang pedoman untuk mencari jalan keluar.
Bayangkan remaja seperti ini telah menghabiskan zaman remajanya dengan sia-sia, malah merosakkan dirinya dan akhirnya ia tidak menjadi aset atau harta untuk keluarga, masyarakat dan negara dan ia akan menjadi beban kepada pihak lain pula.

Seperti yang disebutkan awal tadi, Islam tidak menentang remaja berseronok dan berhibur. Inginkan keseronokan dan hiburan adalah suatu fitrah.
Naluri manusia sangat suka kepada hal-hal yang menyeronokkan dan menghiburkan. Tetapi Islam memberikan kita batasan dan pedoman. Tanpa batasan dan pedoman kita akan kehilangan arah dan cenderung sesat jalan.

Yang dipandu dan dipedomankan oleh agama kita ialah berseronok dan berhibur yang menibulkan keinsafan dan perasaan diri yang dekat dengan Allah, sukakan kebaikan, bencikan kemungkaran, merasa ada peranan dan tanggungjawab dalam hidup, dan tidak terlepas daripada kawalan diri yang sifatnya nafsu-nafsi dan akhirnya ada rasa kepuasaan yang amat tinggi bahawa keseronokan dan hiburan dihayati kerana Allah dan berhikmah untuk diri dan kehidupan.

Menikmati

Maksudnya ialah waktu berhibur kita merasakan diri kita sebagai hamba menikmati kurnia Allah yang maha indah melalui bait-bait atau senikata yang diungkapkan, alunan muzik yang tidak merangsang kealpaan dan boleh menyebabkan kita lalai dan hilang pertimbangan serta sentiasa menikmati suatu kepuasan tentang kebesaran Allah yang menjadikan alam dan kehidupan manusia penuh dengan rahmat dan nikmat.

Sekiranya hal seperti ini ada pada remaja dan pada kita semua, jenis keseronokan yang kita cari dan hiburan yang kita dapati sentiasa memandu kita hampir dengan Allah, merasa rindu kepada Allah, selalu sayangkan diri dan potensi yang Allah telah kurniakan dan membangunkan potensi itu dengan baik supaya kebaikan itu menjadi fahaman kita, bukannya hedonistik atau berseronok-seronok yang menyebabkan kita lalai dan alpa, lupa diri dan lupa segalanya sehingga akhirnya remaja boleh terjerumus ke lembah maksiat dan kerosakan yang sukar untuk dipulihkan semula.

Oleh itu bakat untuk berseronok harus digunakan secara fitrah. Maksud fitrah di sini ialah menggunakan pada tempatnya yang sesuai, ikut pedoman syarak dan jangan melampaui batas.
Kalaulah keseronokan itu adalah kerana kelazatan, kelazatan adalah sementara dan ia tidak bersifat lama.

Sekiranya kelazatan dirasai dalam bentuk syarak ia menjadi ibadah. Sekiranya kelazatan berlaku di luar batas syarak ia menjadi dosa dan mendatangkan musibah.
Kelazatan boleh menimbulkan ketagihan. Mengambil rokok dan dadah umpamanya ada kelazatan sementara. Orang merasa khayal dan gian. Khayal dan gian menyebabkan orang lupa. Lupa boleh menyebabkan orang melakukan apa saja.

Kuda Liar

Remaja juga mempunyai lonjakan nafsu yang tinggi. Nafsu remaja ibarat kuda liar. Kuda liar, apabila ditunggangi, ia gopoh dan boleh menunggangi manusia semula.
Kuda liar perlukan tali kekang untuk dijinakkan. Dengan tali kekang ia melatih kuda liar supaya patuh dan ikut pedoman penunggang.
Lama kelamaan apabila latihan itu berterusan, nafsu semakin jinak dan akhirnya remaja bakal memandu nafsu dalam melakukan sesuatu tetapi bukan dipacu oleh nafsu dalam menghajatkan sesuatu.
Tali kekang kepada kuda liar itu ialah latihan rohaniah. Apabila remaja dekat kepada Allah, remaja mempunyai pancang dalam diri.

Pancang diri ini penting supaya remaja tidak hilang pedoman. Dalam bersuka-suka, remaja ingat kepada Allah, patuh kepada batasan syarak. Dalam berhibur, remaja ingat halal dan haram sesuatu, ia menjadikan remaja berhibur kerana kebaikan.

Dalam bersukan remaja patuh batasan aurat, batas gaul dan batas waktu. Dalam menonton, remaja menonton hal-hal yang bermanfaat yang boleh mengiburkan.
Dalam melancong, remaja menikmati dan menghargai keindahan alam dan kejadian bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Dalam membaca remaja membaca bahan-bahan yang meningkatkan mutu berfikir, mendatangkan idea-idea baru dan akhirnya menambahkan ilmu dan pengetahuan.

Sekiranya asas ini dapat disuburkan dalam diri remaja, hiburan tidak sampai kepada darjah berpoya-poya tetapi hiburan atau kesukaan membawa faedah kepada remaja supaya dewasanya remaja melalui proses-proses matang dan berkualiti dan kekuatan ini bakal menyumbang kepada diri remaja dan juga kepada masyarakat dan negara nantinya.

- PROF DR. SIDEK BABA, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

memori semalam..

Assalamu'alaikum w.b.t..

semakin menghilang dr dunia internet rasanye....sebulan 2 yg amat menjerihkan fizikal dan mental.

banyak kisah yg berlaku sejak 2 menjak ni...dan aku masih dalam kesedihan...:"(

apepun, aku masih tertanya2 kenapa ramai remaja muslim islam sekarang yg terlibat dlm masalah budaya hedonistik yang serius?? umpamakan.....hamba yg tak mengenal Tuhannya, ibubapanya...tak ade akal fikiran yg waraskah mereka ni?? inilah islam baka agaknya...

baru2 ni seorang teman ditahan kerana kesalahan mencuri..itu bukan isu...tp yg jadi isu disini, astaghfirullahal'azim...betapa bangganya teman ni, seorang manusia yg mengaku islam yg lidahnya mengucap asy hadualla ilahaillah wa asy haduanna muhammadarrasullullah bila menceritakan aktiviti haram yg dibuat tu...seolah dgn riak' dan takbur wajah seumpama mengatakan "aku ade kuasa, aku de geng, aku ade supporter, aku boleh buat ape sj yg korg xleh buat!" sungguh menyiat hati melukakan perasaan ni...

mana iman remaja sekarang??

aku xcakap akulah yg terbaik terbagus termulia sebab aku juga insan biasa yg sering melakukan kesalahan tp aku malu bila berbuat salah kerana seorang islam yg taat pd Allah ialah seorg yg takut berbuat salah tp aku masih lg buat salah tp aku maluuu.....

baru2 ni pula aku dikejutkan dgn berita seorang teman baiku di aniaya oleh seorang lelaki sehingga hamil 2bulan...Ya Allah!! umpama gunung runtuh menenggelamkan diri ini rasanya....salah seorang khalifah utusan Allah diatas muka bumi ni telah melakukan kejahatan yg harus disebat 100x sebatan terhadap makhluk yg Allah ciptakan dr tulang rusuknya..betapa hinanya lelaki itu kurasakan, merosakkan tulang rusuk sendiri...memang menempah maut dr Allah aku rasa...

kesedihan masih menyelubungi diriku kala ini....

teman2ku....

ape sudah jd dgn hidup remaja kini yg bakal membesar menjadi org dewasa dan pemimpin keluarga masa akan datang??
kalau sekarang mereka dh hanyut dlm kesesatan yg nyata...bagaimana pula 10 thn akn dtg? 20 thn akan dtg? 30 thn akan dtg? ade rupa manusia lagikah mereka ni sekiranya mereka terus hanyut tanpa bimbingan sewajarnya dr pihak yg sepatutnya???

siapakah pihak yg sepatutnya ni??? diri sendiri je ke? atau hanya ibubapa? atau saudara mara sekali? atau pemimpin? atau masyarakat? bukankah kita beragama islam? bukankah dia pun beragama islam? jadi, adakah kita hanya patut tunding jari pd mereka? atau hak kita juga sebagai saudara seagama utk membantu memperbetulkan kesilapan yg mana termampu??????

tp apakah tindakan kita kala ini???


Sunday, May 16, 2010


Assalamu'alaikum w.b.t...

Alhamdulillah, akhirnya segala penat lelah dan usaha tawakal sejak bulan lalu berhasil juga pembukaan kedai baru ku ini......hahahahaha....sukanya......!!!

Syukur alhamdulillah.........

Bertambah-tambah kesyukuranku bila aku rasa sangat berbangga dapat menjalankan salah satu tanggungjawab yg ku rasa mudah sebagai seorang muslim...mengguna dan menyokong barangan buatan bangsa dan agamaku! Perlahan-lahan aku dah semakin mengabaikan produk2 keluaran yahudi dan luar negara....













KFC, MCDONALD, A&W??? Dah ketinggalan zamanla...orang islam sekarang lebih suka RFC...Radix Fried Chicken...

bessttttt........sgt!


Sunday, May 2, 2010

Akan datang...


Salam'alaik...

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi.....disaat ini saya masih mampu menaip dan dikurniakan kesihatan yang sangat baik..

30hb April 2010 - 02 Mei 2010, kedai baru saya telah siap dibersihkan. Sudah siap diberi wajah baru, hanya tinggal make-up dn last touch up..






gambar2 fasa seterusnya akan saya upload week by week..
bersambung post akan datang...

apepun doakan saya semoga berjaya yerr...

Wednesday, April 21, 2010

Benarkah MLM haram?

Salam'alaik...

Sejak kebelakangan ni terlalu banyak email yang diterima menyebut tentang status MLM. Haram atau halalkah?

Multi Level Marketing. Fakta, memerlukan sijil Akta Jualan Langsung untuk mengesahkan status sah di negara Malaysia. Tapi memiliki sijil AJL tak bererti halal...betul tak?

Banyak pula aktiviti/sistem refferal/affiliate yang semakin berkembang sekarang..hanya menjual ebook/software..Pertubuhan agama?hingga sekarang masih belum ade fatwa..
keraguan semakin menghuru-harakan..nama MLM jugak yang naik...kenapa??

Ada yang memberi pendapat dari segi niat, nawaitu..menindas @ membantu?
Ada yang memberi pendapat dari segi company/persatuan/kelab, sah atau tidak?
Ada yang memberi pendapat dari segi produk, wujud nyata atau sekadar kata-kata?
Ada yang memberi pendapat dari segi plan marketing, halal atau riba?

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
kerana ahli MLM yg membuat binasa, nama MLM yg dibusukkan..kenapa?

Saya bukanlah orang yang boleh mengatakan MLM itu haram atau tidak, tapi pandangan saya, bukan semua MLM itu haram dan bukan semua MLM itu halal..

Carilah yang sah.
Betulkan niat dan nawaitu menyertai MLM
Yang ada sijil AJL
Yang ada produk
Yang ada company yang sah
Yang ada pelan pemasaran yang bagus
Paling utama, kesemua diatas hendaklah selari dengan agama..
Yang ada sokongan dan dorongan dari ahli agama yang bertauliah..
Bererti yang membantu, bukan menindas..

Bertemu dengan ahli MLM yang menganiayai bukan bererti MLM itu menipu...
Jangan jatuhkan hukum pada pelakunya..
Begitu juga dengan, jangan hukum agama kerana kesalahan umatnya...

6 daripada 7 sumber rezeki itu hasil dari perniagaan...bekerja makan gaji juga boleh ditakrifkan seperti berniaga kan...
menjual kudrat demi membeli gajinya...hum...betul ke?
1 lagi tu ape ye....?

Pilihan ditangan sendiri, sebelum buat keputusan fikirkan baik buruk dan nawaitu diri..
Berhati-hati, dunia sekarang semakin banyak fitnahnya....
Semoga kalian berjaya...InsyaAllah..

Wassalam..


Wednesday, April 14, 2010

Wajah kita direnung 70kali sehari

" Seandainya manusia sedar hakikat bahawa mereka sebenarnya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut saban hari, nescaya mereka tidak akan lalai daripada mengingati mati.."

Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian kita akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan menanti saat kematian kita yang bakal tiba..

Allah berfirman yang bermaksud " Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Al-Anbiya' , 35)

Rasulullah s.a.w bersabda " Bahawa malaikat maut memerhatikan wajah manusia dimuka bumi ini 70kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa" (riwayat oleh Abdullah bin Abbas r.a)

Ajal tidak mengenal sesiapa, sama ada mereka itu tua muda miskin kaya sihat mahupun sakit. Rasulullah s.a.w juga ada menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Rasulullah s.a.w bersabda, " Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang bukan mukmin pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar." (riwayat Al-Qamah bin Abdullah)

Oleh itu, bagi kita yang masih diberi kesempatan dan kenikmatan kehidupan, perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku di sekeliling kita..

Wednesday, March 17, 2010

Sesi pelepasan satelit TENSEN ke angkasa lepas..

Setelah beberapa percubaan mengepost posting baru, akhirnya kali ni kuar gak walopun 99.99% mengarut yg hampeh2...hari ni mata sy agak tertekan setelah begitu banyak tekanan dari rasa mengantuk..asek pejam je...nk bukak jadik malas tetibe apsal ntah..

Hari ni gak banyak perkembangan terbaru yg dpt dilihat dalam tahap sosio-politik negara tercinta Malaysiaku....1Malaysia!!! aw..awww.....
Penipuan yg semakin terbongkar, tetapi dalam usaha mengkambuskannya hidop2...ditambah pulak dgn aktiviti2 terbaru utk mengelak bangkai2 itu dihidu oleh makhluk2 sekeliling...
Hoi!Diam jelah...wait n see ma.....betul x betul???
Nak cakap tak? Nak cakap tak? emm....ok, sy cakap....dlm posting akan dtg kut...statement harusla berpandukan fakta sahih! betul x betul?(agak meluat dengan kerenah org2 yg tak mau terima kenyataan hidup nih..!!)
Berpandulah kepada ISLAM, jadikan ISLAM PAKSI HIDUP, AKAR TUNJANG ANDA, FAHAMM?!?!

Ok, politik di kampungku plak....
Sy cukup heran la bila ade org yg ambik kesempatan demi merebut peluang untuk meneruskan kelangsungan hidop, tetiba penonton2 sekelian plak yg berdemonstrasi atas alasan sy menjatuhkan bangsa dan membantu bangsa lain untuk maju....?????WHAT THE F@*$!!!!

Astaghfirullahal'azim.........Nauzubillahiminzalik.......
Kan tak pasal2 kena maki ngan sy....tahap kesabaran tetiba nk meletus cam Gunung Berapi Marang Kerapu Kepunden....huh!!

Sy hanyalah sorang yg pandai mencari peluang untuk hidup dlm zaman gawat nih...(masuk bakul sat eh....)
Dan mereka2 yg seperti ku juga pastilah dgn tujuan yg sama...shortformnya...cari rezekila...
bukankah 6 drpda 7 sumber rezeki tu melalui berniaga@perniagaan...apa salahkuuuuu...wuwuwu.........

bukan niatku untuk berat sebelah tapi kalo mereka2 yg terlebih dulu merebut peluang tanpa banyak alasan, tapi dan mungkin, dan mereka semakin menuju kejayaan, jangan salahkan ku yg memberi peluang itu tapi salahkan diri sendiri kerana tidak merebut peluang yg ada....beribu jalan Allah dah bentangkan depan mata tapi yg mereka2 pilih dgn membuat alasan tu pasai apa?!?! (huh!!geram tahap gaban nih!!)

USAHA TANGGA KEJAYAAN!! huh!geram nih! geram nih!!

JOM JOIN BISNES AMAL JARIAH! SCORE A!! ahakksssss.............

Sunday, February 28, 2010

Biodata Rasullullah s.a.w

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

  1. Thuwaibah
  2. Hamzah
  3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

  1. Halimah Al-Saidiyyah
  2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
  4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
  5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. Hamzah ***
  5. Al-Abbas ***
  6. Abu Talib
  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  8. Abdul Ka ' bah
  9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. Atiqah ##
  14. Arwa ##
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan.

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

· Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal.

· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

· Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

· Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

AlQuran pembela di Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Sunday, February 21, 2010

15 tanda orang malas

1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.

5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

Anda yang mana satu???

Kisah ibu mithali..

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.