Monday, February 15, 2010

Melayu makin ditindas???


Salaam madam.

Kebetulan saya baca email madam,saya baru siapkan kerja.
Tajuk "orang melayu makin ditindas"
Saya komen sikit ya madam. saya komen berdasarkan pemerhatian saya sepanjang saya bekerja di sektor awam selama tahun. Kebanyakan pekerja melayu.
Apa yang saya nampak,mentality mereka kalau boleh tangguh kerja, mereka akan tangguh.kadang2 saya tanya kenapa tangguh,mereka jawab kenapa perlu kerja kuat dan lebih.gaji tetap sama.dekat mana yang dikatakan mereka ditindas?.

Itu satu yang dah tertanam dalam otak,kerja kerana duit.kerja ke tak kerja ke setiap bulan gaji masuk. Sedihkan dengar mdm. Dari situ saya simpulkan,bukan melayu ditindas,tapi rela ditindas.Tiada semangat juang.tiada matlamat hidup. Itu cuma satu contoh, sebenarnya banyak lagi. Bukan semua melayu berfikiran macam itu hanya segelintir,sebab setitik nila semua dapat nama.

Tapi saya nak tanya,kenapa kita asyik perkatakan tentang melayu.kenapa melayu yang nak diperjuangkan. Kenapa tidak perjuangkan Islam?

-----------------------------------------------------------

Salam alaik,

Suatu proposal yang professional dari saudara. Terima kasih.

Saya nak highlight 5 berita yang amat memalukan yang berlaku di kalangan Melayu.

Berita-berita baru ini hanyalah tip of the iceberg :
1. Suami orang dan isteri orang lain berzina dalam hotel pada pagi hari lalu tertangkap oleh JAIP : The Star

2. Anak zina dibuang depan masjid di Melaka dan satu lagi dibunuh dengan cara membakar bayi itu dalam tong sampah di Kelantan : The Star

3. Kanak-kanak sekolah ditangkap mengguna dadah :The Star

4. Kes sumbang mahram yang semakin menjadi-jadi :Metro

5. Perempuan ketagih kaum sejenis,. Cikgu pulak tu. :Metro

Kita semua dah tahu kat mana juga di Malaysia memang berlaku. Masalahnya semakin hari semakin menjadi-jadi. Berita kes seperti ini tak putus-putus sejak dulu sehingga sekarang.

Itu tak sebut kes rasuah, aniaya dan merampas peluang orang lain melalui kuasa. Tengok saja pecah-belah yang disebabkan kumpulan politik dan tengok saja jiran-jiran yang bercakaran. Tengok saja anak-anak Melayu yang belum habis sekolah berpakaian hampir telanjang di lokasi sibuk di bandar. Perempuan dan lelaki homoseks di seluruh Malaysia. Baru ni Ustadz tertangkap raba budak-budak perempuan sekolah rendah kat Muar. Ramai Melayu yang murtad masuk kristian, masuk agama sesat, masuk agama setan dan athiest.

Masjid satu saf aje. Kat pesta Jom Heboh pulak berpuluh saf sampai tak cukup sejadah sambil ikut imam mereka terkinja-kinja atas mihrab ( pentas ).

Jadinya buat apa kita nak perjuangkan kaum Melayu? Banyaknya sedang bergiat aktif untuk menarik bala dari langit dan dari perut bumi untuk kita semua.

Tiada sebab untuk kita perjuang untuk mereka atas dasar Melayu. Perbuatan sia-sia. Mereka sibuk seronok dan syok, lepas tu ada hati nak komplen kena tindas.

Kena tindas bukan penyakitnya. Kena tindas ialah SIMPTOM kepada masyarakat yang semakin bermoral rendah. Penyakitnya adalah kurang taqwa kepada Allah. Kalau nak beri ubat, bukan untuk simptomnya tapi untuk penyakitnya.

Ubatnya ialah didikan agama dan akhlak yang bermula di rumah dan di sekolah. Bibik tak pandai dan tak reti ajar ni semua. Cikgu kat sekolahpun tak berapa laghat sebab terlalu ramai. Lagipun bukan anak mereka.

Kita sebagai ibubapa sendiri yang kena belajar dan mengajarnya akhlak pada anak-anak. Kita sendiri yang mesti bina suasana yang baik di rumah sesuai dengan kehendak agama.
Kita sendiri kena mendidik diri supaya bertaqwa pada Allah. Barulah usaha dan doa boleh menjauhkan PENINDASAN.

0 comments:

Post a Comment