Tuesday, March 27, 2012

Anak @ Ibubapa ???

Salam ukhuwah...

Alhamdulillah, masih panjang umur kita utk berjumpa lagi dlm ruangan yg wasatiyyah ni...
(betul kan?)

Semenjak dua menjak ni banyak berlaku kejadian yg xdiingini, yg xdirancang, malah yg xterlintas nk diagak walaupun sekelumit di fikiran yg serba serabut ni hah...kenapa agaknya boleh berlaku kejadian2 yg xdisangka2 itu ye? hm...pada sy, mungkin inilah taqdir Allah utk menguji iman hamba-hambanya tambah2 lagi disaat2 kritikal ni...saat2 ending of the world kut...saat2 bila2 masa sahaja dajjal keluar, Nabi Isa dturunkan, sangkakala ditiupkan..............

Dalam berita + paper minggu ni berderet kisah anak perempuan lari dr rumah(nk sebut anak dara boleh ke???) KENAPA? ada ibubapa yg mengeluarkan pendapat.."budak perempuan bodoh", ade yg cakap "mak ayah dia xbagi duit kot tu yg sampai rela mengemis", ade yg mencarut maki hamun bagai lagi..astaghfirullahalazim....

terdetik difikiran...bukankah seorang anak itu dilahirkan ibarat kain putih, maka tanggungjawab ibubapalah yg mencorakkannya...so, kalau difikirkan secara logik, kain sbg simbol budak2 perempuan tersebut bererti ada tompok2 @calitan @garisan hitam...siapa yg menompok @mencalit @menggariskan warna hitam tersebut? budak2 itu sendiri kah??? atau penjaganyakah???

Bg pihak ibubapa, pasti ada yg mengatakan "aku xpernah ajar pun dia lawan cakap aku, dia lari dr rumah, dia mengemis, dia jual diri...aku xpernah ajar!" tp tahukah, bila kita sbg ibubapa membiarkan anak2 menonton tv tanpa pengawasan rancangan2 yg ditonton pun, samalah seperti kita ajar apa yg mereka tonton! betul x?? pendek kata, kita sbg ibubapalah yg telah mencorakkan anak2 yg putih itu dgn warna2 yg ada dlm rancangan2 tv g ditontonnya...betul x? jadi apa tindakan kita?

http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2010/10/3/mstar_manusia_peristiwa/20101003124153&sec=mstar_manusia_peristiwa

Hah! itu baru tv, belum internet, pengaruh rakan dan persekitaran, masalah kekeluargaan sendiri atau kurang didikan dan bimbingan! Hm..betul! Kita xmampu nak kawal semua sumber2 pengaruh negatif ni tp hakikat sebenar yg kita lupa, kita adalah ibubapa kepada anak2 kita, yg melahirkan dan membesarkan mereka, yg berada disisi mereka paling dekat, paling rapat dan paling lama masanya...itu sebenarnya kekuatan kita, ibubapa....dekati anak anda, rapati mereka dengan kasih sayang dan kelembutan tutur kata paling penting...anak2 xkan meninggi suara pada ibubapa kalau ibubapa xmeninggi suara pada anak2...kita juga pernah bergelar anak dulu, kita patut fahamlah apa yg tersirat dlm hati anak2, tapi jangan samakan diri kita masa dulu dgn anak2 sekarang...yg lelaki mungkin lebih sesuai didikan rotan tp anak perempuan mungkin sebenarnya lebih memerlukan didikan sentuhan, pelukan, kelembutan, pujian malah mungkin airmata! daripada herdikan, tamparan, saling membalas sakit hati atau tunding jari yg merisikokan mereka lebih mendekati insan lain diluar rumah dan akhirnya terjadilah masalah lari dr rumah...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

fikirkanlah..

ada ibubapa yg kata "xpayah pk lah. diorang ada keluarga masing2. lebih baik kita pk utk bantu anak yatim ke, org susah ke.." betul jugak tu! tp cuba pk balik...kalaulah mereka ada manusia bernama ibubapa, tapi hakikatnya xada didikan dan tanggungjawab dr ibubapa...xsamakah mereka dgn anak yatim???

fikirkanlah...

jangan ditambah lg masalah sedia ada dgn makian cacian fitnah dan doa2 yg xsepatutnya keluar dr mulut seorang mukmin muslim...fikirkanlah...jom kita sam2 berbuat perkara yg berfaedah...doakan yg baik2 sahaja ok...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

yg baik jadikan pedoman yg kurang baik jadikan sempadan...

Wednesday, August 3, 2011

New comeback..

Salam...

Tiba-tiba timbul rasa hati nk buat comeback to blogging dgn menceritakan satu kisah realiti kehidupan...

bukan mendedahkan pekung sesiapa, bukan juga utk mengaibkan sesiapa tp mungkin sekadar berkongsi sebuah pengalaman utk dijadikan pengajaran, teladan dan iktibar utk yg sudi memandang disini...

Bukan semua suka, malah ada yg mengeji walaupun bukan kesilapan sendiri, walaupun dipalit fitnah org, ada yg percaya juga walaupun kebenaran terbentang depan mata, ada yg menafikan, ada yg menuduh bukan2..Semua perasaan itu dialami, dihadapi...semua itu kebenaran, semuanya kepalsuan, sebuah kepura-puraan..benci, sayang, rindu, dosa, pahala....penganiayaan, pengkhianatan...akhirnya taubat nasuha jua yg dirayu...kerana pd hakikatnya hanya Allah SWT shj satu-satunya yg kekal setia bersama disisi ini...

Inilah realiti...


to b continued..

Friday, July 29, 2011

Saat kembali....

Assalamu'alaikum...

Dah berkulat blog sy ni yer....bertahun dh xmenaip...

banyak kejadian2 yg berlaku sepanjang tahun 2010-2011 ni sampaikan rasa macam diri ni sedang terawang2 di awan hitam pekat yg menenggelamkan rasa2 segalanya....rasa macam kali ni sy pasrah sahajalah...sudah tiada usaha dan daya untuk memiliki keinginan lagi......

sy terima semua yg terjadi dgn rasa rendah diri dn penuh redha...inilah hakikat kehidupan...xsemua yg kita ingin menjadi milik kita....itu takpe lg....yg sakitnya bila sesuatu yg sangat3 kita nak, ingin, hajatkan dan kita cuba berusaha sedaya upaya utk memiliki hanya mampu bertahan dalam genggaman sesaat cuma....Allah!!

Terduduk termenung seketika....SUSAH SANGAT KER????

susah sangat ke utk org menerima keinginan sy dengan redha sepertimana sy redha apa yg sy dapat?
hati sy cuma mahu bahagia disisi insan yg tercinta dan memiliki sebuah keluarga bahagia....
sebesar mana sedahsyat manapun gelombang taufan yg menimpa sy berusaha utk gagahkan keluarga asalkan bersama2 kita semua menerima ujianNya...bukan menolak bila tercacat cela....bukan...bukannnnn......

" Sesungguhnya sesuatu yg kita suka belum tentu baik untuk kita dan sesuatu yg kita benci pula tidak semestinya buruk untuk kita..." An-Nisa'

" Yang pahit jangan terus dibuang yang manis jangan terus ditelan..."

Hakikat realiti kehidupan kadang-kadang sy terlupa...bukan semua manusia itu redha, bukan semua manusia itu bersyukur dan hanya yg tertentu shja pasrah bertawakal dgn qada dan qadar Nya...
La ni kata ustaz ustazah, " yang bertudung itu bukan semuanya baik tp yg sebenarnya baik itu pastinya yg bertudung..." Lalu, bagaimana pula dgn yg xbertudung malah xbaik juga??
Subahanallah...jgnlah mereka itu dikeji dihina sebab qada dan qadar mereka bukan terletak pd diri kita tp hanyalah pd Allah swt...siapa kita utk menghukum mereka???

Jom, sy seru semua kawan2 sama2 kita muhasabah diri dn jgn memandai2 nk jd hakim, cukuplah sekadar kita tambah pahala kita dgn mendoakan yg baik2 utk sy ye...hehehe


Wassalam...

Friday, July 16, 2010

Kepada semua wanita



TOLONGLAH WAHAI KAUM WANITA!! MALULA SIKIT DEKAT NABI MUHAMMAD YG SEDANG MELIHAT KAMU, UMATNYA....

budaya hedonistik- remaja tahu batasan dan tujuan


Oleh PROF DR. SIDEK BABA

FAHAMAN hedonistik ialah fahaman atau amalan atau sikap hidup yang didasarkan kepada nafsu-nafsi. Atas dorongan nafsu-nafsi remaja terdorong untuk berseronok-seronok kerana itulah makna dan pengertian hidup yang ada padanya.

Umumnya amalan hedonistik ini didasarkan kepada kehidupan orang Barat yang memiliki kuasa beli atau wang yang tinggi dan daripadanya membolehkan mereka melakukan cara gaya hidup berseronok-seronok dengan corak pakaian, jalan hiburan, jalan ketagihan, malah jalan seks yang akhirnya menimbulkan kerosakan kepada diri dan peribadi.

Keseronokan ini hanya untuk kepuasan diri atas dorongan nafsu
kerana memang jiwa remaja segar
dengan rangsangan nafsu. Pertimbangan baik-buruk bukanlah suatu syarat bagi dirinya. Yang penting hidup remaja hanya sekali.

Tempoh ini mesti digunakan untuk berhibur, berkawan, jangan gundah-gulana.
Jangan fikirkan tentang hari esok. Jangan fikirkan sangat tentang hari dewasa. Hidup datang dan pergi.
Hidup mesti gembira! Buat apa fikir tentang perjuangan. Apa perlunya nilai dan agama. Dosa pahala bukan isu. Syurga neraka bukan isu. Yang penting berseronok-seronok.

Seronok bermakna rasa terhibur, keinginan dipenuhi dan naluri diri diraikan. Isu yang berbangkit ialah fahaman seronok-seronok tanpa tujuan. Atau seronok-seronok atas dorongan hawa nafsu semata-mata. Islam tidak menentang remaja mendengar muzik dan lagu.
Islam tidak menghalang remaja aktif dalam sukan. Islam tidak menyekat remaja bergaul secara sihat dan tertib. Islam tidak menentang seni yang makruf.

Islam menggalakkan kegiatan kebudayaan yang benar-benar memberi makna kepada diri dan kehidupan. Islam mengharuskan fesyen dalam berpakaian asal saja ia menutup aurat bukan mendedahkan tubuh badan sesuka hati.

Pedoman yang Islam beri ialah remaja kena tahu batasan dan tujuan. Batasan pergaulan kena ikut keperluan syarak. Kalau tidak nafsu-nafsi akan mengambil tempat.
Dalam berhibur, pertimbangan baik buruk kena diambil kira. Kalau tidak syaitan dan iblis akan campur tangan. Apabila remaja mempunyai pertimbangan dan pedoman, ia tahu memilih, tahu akibatnya dan tahu dosa pahala.

Sekiranya faham ini ada pada remaja, ia bakal mempedomankan remaja tentang maksud hiburan dan keseronokan. Contohnya, remaja amat suka kepada lagu dan muzik.
Islam tidak mengambil sikap yang sempit terhadap lagu dan muzik. Prinsip yang Islam berikan ialah dengarlah lagu dan muzik yang mempunyai tujuan atau risalah. Maksudnya, lagu dan muzik itu sifatnya menghiburkan.

Keinsafan

Hiburan dalam pengertian lirik dan kata-kata yang dilagukan membawa makna ke arah keinsafan dan kebaikan. Iringan muziknya tidak merangsang nafsu-nafsi.
Iringan muziknya memberi rasa keindahan yang tinggi dan mendekatkan diri kita ke arah keindahan rasa yang sebenar.

Keindahan rasa yang sebenar bukan menjauhkan kita dengan Allah dan merobohkan batas diri atau kawalan diri terhadap perkara yang makruf.
Kita rasa seronok kerana di samping terhibur kita tidak hilang kawalan diri, malah dengan terhibur meningkatkan kesedaran kita tentang kebaikan dan arah tujuan dalam hidup.

Seperti yang selalu disebutkan di sini, punca kepada berbangkitnya perkara ini ialah remaja, sejak zaman kanak-kanaknya lagi tidak dibesarkan dalam pendidikan dan penghayatan agama yang berkesan.
Kadang-kadang pada zaman kanak-kanak atau awal remajanya, ia diajar tentang fardu ain dan al-Quran. Sayangnya ia tidak membawa kesan penghayatan dan pembinaan akhlak.

Kedua, remaja amat terdedah dengan corak hiburan terutamanya dari Barat seperti muzik dan lagu, filem-filem dan sekarang ini internet tanpa adanya kawalan dan menyebabkan nafsu-nafsi remaja terangsang.
Apalagi setengahnya mula menonton filem-filem lucah dan ganas, menghisap rokok, pergaulan yang lepas bebas dan akhirnya terlibat dengan amalan dadah semata-mata untuk mencuba dan akhirnya timbul keseronokan, ketagihan dan ingin mengulangi lagi.

Yang dahsyatnya ialah apabila sekali remaja terjebak dalam perangkap seronok-seronok sebegini, akhirnya ia akan terperangkap dan hilang pedoman untuk mencari jalan keluar.
Bayangkan remaja seperti ini telah menghabiskan zaman remajanya dengan sia-sia, malah merosakkan dirinya dan akhirnya ia tidak menjadi aset atau harta untuk keluarga, masyarakat dan negara dan ia akan menjadi beban kepada pihak lain pula.

Seperti yang disebutkan awal tadi, Islam tidak menentang remaja berseronok dan berhibur. Inginkan keseronokan dan hiburan adalah suatu fitrah.
Naluri manusia sangat suka kepada hal-hal yang menyeronokkan dan menghiburkan. Tetapi Islam memberikan kita batasan dan pedoman. Tanpa batasan dan pedoman kita akan kehilangan arah dan cenderung sesat jalan.

Yang dipandu dan dipedomankan oleh agama kita ialah berseronok dan berhibur yang menibulkan keinsafan dan perasaan diri yang dekat dengan Allah, sukakan kebaikan, bencikan kemungkaran, merasa ada peranan dan tanggungjawab dalam hidup, dan tidak terlepas daripada kawalan diri yang sifatnya nafsu-nafsi dan akhirnya ada rasa kepuasaan yang amat tinggi bahawa keseronokan dan hiburan dihayati kerana Allah dan berhikmah untuk diri dan kehidupan.

Menikmati

Maksudnya ialah waktu berhibur kita merasakan diri kita sebagai hamba menikmati kurnia Allah yang maha indah melalui bait-bait atau senikata yang diungkapkan, alunan muzik yang tidak merangsang kealpaan dan boleh menyebabkan kita lalai dan hilang pertimbangan serta sentiasa menikmati suatu kepuasan tentang kebesaran Allah yang menjadikan alam dan kehidupan manusia penuh dengan rahmat dan nikmat.

Sekiranya hal seperti ini ada pada remaja dan pada kita semua, jenis keseronokan yang kita cari dan hiburan yang kita dapati sentiasa memandu kita hampir dengan Allah, merasa rindu kepada Allah, selalu sayangkan diri dan potensi yang Allah telah kurniakan dan membangunkan potensi itu dengan baik supaya kebaikan itu menjadi fahaman kita, bukannya hedonistik atau berseronok-seronok yang menyebabkan kita lalai dan alpa, lupa diri dan lupa segalanya sehingga akhirnya remaja boleh terjerumus ke lembah maksiat dan kerosakan yang sukar untuk dipulihkan semula.

Oleh itu bakat untuk berseronok harus digunakan secara fitrah. Maksud fitrah di sini ialah menggunakan pada tempatnya yang sesuai, ikut pedoman syarak dan jangan melampaui batas.
Kalaulah keseronokan itu adalah kerana kelazatan, kelazatan adalah sementara dan ia tidak bersifat lama.

Sekiranya kelazatan dirasai dalam bentuk syarak ia menjadi ibadah. Sekiranya kelazatan berlaku di luar batas syarak ia menjadi dosa dan mendatangkan musibah.
Kelazatan boleh menimbulkan ketagihan. Mengambil rokok dan dadah umpamanya ada kelazatan sementara. Orang merasa khayal dan gian. Khayal dan gian menyebabkan orang lupa. Lupa boleh menyebabkan orang melakukan apa saja.

Kuda Liar

Remaja juga mempunyai lonjakan nafsu yang tinggi. Nafsu remaja ibarat kuda liar. Kuda liar, apabila ditunggangi, ia gopoh dan boleh menunggangi manusia semula.
Kuda liar perlukan tali kekang untuk dijinakkan. Dengan tali kekang ia melatih kuda liar supaya patuh dan ikut pedoman penunggang.
Lama kelamaan apabila latihan itu berterusan, nafsu semakin jinak dan akhirnya remaja bakal memandu nafsu dalam melakukan sesuatu tetapi bukan dipacu oleh nafsu dalam menghajatkan sesuatu.
Tali kekang kepada kuda liar itu ialah latihan rohaniah. Apabila remaja dekat kepada Allah, remaja mempunyai pancang dalam diri.

Pancang diri ini penting supaya remaja tidak hilang pedoman. Dalam bersuka-suka, remaja ingat kepada Allah, patuh kepada batasan syarak. Dalam berhibur, remaja ingat halal dan haram sesuatu, ia menjadikan remaja berhibur kerana kebaikan.

Dalam bersukan remaja patuh batasan aurat, batas gaul dan batas waktu. Dalam menonton, remaja menonton hal-hal yang bermanfaat yang boleh mengiburkan.
Dalam melancong, remaja menikmati dan menghargai keindahan alam dan kejadian bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Dalam membaca remaja membaca bahan-bahan yang meningkatkan mutu berfikir, mendatangkan idea-idea baru dan akhirnya menambahkan ilmu dan pengetahuan.

Sekiranya asas ini dapat disuburkan dalam diri remaja, hiburan tidak sampai kepada darjah berpoya-poya tetapi hiburan atau kesukaan membawa faedah kepada remaja supaya dewasanya remaja melalui proses-proses matang dan berkualiti dan kekuatan ini bakal menyumbang kepada diri remaja dan juga kepada masyarakat dan negara nantinya.

- PROF DR. SIDEK BABA, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).